Aura muslim

TIPs KWSP

Seperti yang sedia maklum, bagi yang bekerja pasti mempunyai simpanan
KWSP, yang tujuan utamanya adalah untuk simpanan hari tua nanti.
Masalahnya, apabila ekonomi gawat, pulangan dividen juga menjunam...
 2005 - 5.0%
 2006 - 5.15%
 2007 - 5.8%
 2008 - 4.5%




Disini saya akan kongsi cara terbaik untuk kita gandakan keuntungan kwsp:
Anda tentu tahu simpanan KWSP anda tidak boleh dikeluarkan, melainkan untuk
tujuan tertentu. Jadi, mungkin pendapat saya ini boleh membantu anda
menguruskan kewangan anda dengan lebih baik.

"Akaun 1 KWSP"
Anda boleh laburkan sebahagian wang KWSP dari Akaun 1 ke dalam pasaran
amanah saham yang diiktiraf. Ramai orang bila sebut amanah saham, semua fikir
satu benda - TAKUT RUGI. Sebenarnya, amanah saham ini ada pelbagai jenis dana.
Ada yang aggresive (pulangan tinggi/risiko tinggi), balanced (pulangan
seimbang/risiko sederhana) dan konservatif (pulangan rendah/risiko rendah).
Jika anda ini tidak sanggup hadapi risiko kerugian (spt modal berkurangan),
maka nasihat saya pilihlah dana yang konservatif. Pulangan insya-Allah,
boleh dapat hampir setiap tahun kerana kebanyakan pelaburan dibuat kepada
pasaran bon.

"Akaun 2 KWSP"
Jika anda mempunyai pinjaman rumah, gunakan Akaun 2 untuk mengurangkan baki
pinjaman rumah anda. Ini kerana, interest pinjaman rumah adalah sekitar
7%-8%, manakala dividen KWSP hanyalah 4.5%.
Lebih baik anda kurangkan baki pinjaman, dapat jimat interest 7-8% dan
akan memendekkan tempoh pinjaman serta mengurangkan jumlah interest yang
perlu ditanggung secara keseluruhan.
Pengeluaran kedua KWSP untuk pinjaman rumah boleh dibuat setiap 3 tahun
dari pengeluaran pertama. Hanya terhad untuk rumah pertama sahaja.
Bagi mereka yang mempunyai anak di IPT, gunakan Akaun 2 KWSP anda supaya
anda mengurangkan jumlah pinjaman pelajaran yang perlu dibuat. Ada orang
yang membuat pinjaman peribadi di bank tertentu untuk pendidikan anak.
Sesuatu yang anda perlu tahu, jika pinjaman peribadi itu dikira secara
fixed-interest 7.55% setahun, interest sebenar yang dikenakan BUKAN
7.55%, sebaliknya hampir 13% setahun. Ini kerana kadar interest sebenar
dibuat mengikut kadar APR (Annual Percentage Rate). Jadi, daripada
menanggung hutang pada kadar 13% setahun, adalah lebih baik anda gunakan
simpanan KWSP yang cuma beri 4.25% untuk kos pendidikan anak anda.

Harap tips ini dapat menolong anda ;)
jika tidak klik sini .

No comments:

Post a Comment