Aura muslim

Rm5000 sebulan jadi muflis

Nurudin (bukan nama sebenar) baru sahaja menamatkan pengajian dari sebuah universiti tempatan dengan cemerlang. Sejurus selepas mendapat tahu keputusan peperiksaan yang beliau lulus cemerlang. Beliau terus menghantar berpuluh-puluh resume meminta pekerjaan kepada organisasi yang relevan dengan kelulusannya.

Ditakdirkan tuhan, beliau mendapat pekerjaan di sebuah institusi dengan gaji permulaan RM2,400. Setiap hari beliau berulang alik dari tempat kerja menaiki motorsikal yang dibeli tunai semasa belajar di universiti. Setiap bulan beliau membayar ansuran PTPTN sebanyak RM521.50 mengikut jadual yang telah ditetapkan. Namun setiap hari beliau dipayungi kepanasan jika cuaca panas atau basah lenjun jika hujan lebat turun. Kerana tidak tahan dengan cuaca, beliau mengambil keputusan membeli sebuah kereta dengan ansuran RM850 sebulan dengan sebuah bank. Pada masa yang sama beliau memohon dan seterusnya memiliki sebuah kad kredit dari bank yang sama.

Setelah 4 tahun kemudian beliau berkahwin dengan menggunakan pinjaman peribadi sebanyak RM15,000 dan membeli sebuah rumah dengan ansuran bulanan sebanyak  RM 1,200. Pada ketika ini, gaji beliau naik kepada RM3,125 sebulan. Pada masa ini, beliau banyak membeli perabot untuk rumah barunya  dengan menggunakan skim ansuran mudah bagi memastikan segala keperluannya dan isteri dipenuhi. Kemudian beliau memohon dan seterusnya memiliki 3 keping kad kredit dari bank yang berlainan.

Selepas beberapa tahun menggunakan kad kredit, beliau telah menggunakan kad kredit beliau hingga ke had maksimum yang dibenarkan. Bank pula mula meminta agar menjelaskan tunggakan ansuran kereta dan rumahnya. Dia mula merasa tertekan apabila isterinya meminta cerai daripadanya kerana tidak tahan dengan sikap beliau yang berubah menjadi panas baran. Kereta ditarik dan rumahnya disita. Nama beliau terpampang di dalam akhbar di bahagian pengisytiharan muflis.


www.creativedreams.biz/shakir

No comments:

Post a Comment