Aura muslim

KELEBIHAN REFINANCE RUMAH

KELEBIHAN REFINANCE RUMAH

Setelah bertahun membayar ansuran pembiayaan perumahan, baki hutang kita di bank sudah pasti akan semakin berkurang. Sekiranya nilai rumah kita (harga pasaran terkini) melebihi baki hutang, maka kita dikatakan mempunyai ekuiti iaitu perbezaan nilai harga rumah dengan baki hutang kita.

Ekuiti kita akan bertambah lebih tinggi lagi sekiranya harga pasaran rumah kita naik. Walaubagaimanapun, ramai pemilik rumah tidak tahu cara untuk menggunakan ekuiti tersebut.

Sebenarnya ekuiti rumah boleh kita gunakan untuk pelbagai tujuan. Cara untuk menggunakan asset tersebuat adalah melalui “cash out” refinance di mana kita perlu mendapat pinjaman baru dan menggunakan rumah tersebut sebagai cagaran.

Kadar faedah atau keuntungannya sudah pasti lebih rendah berbanding pinjaman peribadi.

Salah satu penggunaan Cash Out Refinance adalah untuk tujuan menstruktur kembali hutang-hutang sedia ada . Ini kerana pinjaman perumahan merupakan cara yang baik untuk membayar hutang-hutang lain yang interest tinggi seperti kad kredit.

Kadar faedah untuk refinance adalah lebih rendah daripada pinjaman peribadi dan pinjaman lain. Setelah membayar hutang-hutang lain, kita hanya ada satu hutang sahaja iaitu hutang pinjaman perumahan. Oleh itu proses ini juga digelar debt consolidation (penggabungan semua hutang kepada satu hutang).

Selagi kadar keuntungan sekarang lebih rendah berbanding kadar keuntungan sedia ada yang dikenakan oleh Bank, refinance semula rumah boleh mendatangkan manfaat kepada kita. Duit daripada cash out pembiayaan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti berikut, antaranya:

1. menjelaskan hutang-hutang kita yang berfaedah tinggi seperti kad kredit
2. mengubahsuai rumah dan sekaligus menaikkan lagi nilai rumah kita.
3. membiayai kos pendidikan anak-anak
4. membayar bil perubatan dan rawatan hospital
5. melabur pada pelaburan yang menguntungkan seperti ASB (8%),TABUNG HAJI (6%), FELDA (16%),walhal hanya bayar 4.++% untuk rumah.
5. dan lain-lain.